20 peserta khatam diraikan

20 peserta khatam diraikan

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 29 Sept – Sebelum menamatkan pembelajaran sekolah ugama, seramai 20 orang pelajar Darjah 6 Sekolah Ugama Kiudang, Tutong, telah diraikan dalam majlis Khatam Al-Quran, baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu khas di majlis itu ialah Nazir Sekolah-sekolah Ugama Daerah Tutong, Jabatan Pengajian Islam, Hajah Samsiah binti Haji Asmat.

Turut hadir ialah Guru Besar Sekolah Ugama Kiudang, Dayang Noryati binti Haji Tengah.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu khas dan diteruskan dengan bacaan ayat-ayat lazim bermula dari Surah Ad-Duha hingga Surah Al-Masad oleh peserta khatam.

Kemudian, majlis dimeriahkan lagi dengan bacaan Takhtim dan bacaan Doa Khatam oleh Awang Mohammad Haziq bin Idris dan Dikir Asyrakal oleh murid-murid lelaki Darjah 4 dan 5 sekolah ugama berkenaan.

Majlis turut menjemput tetamu khas untuk merenjis minyak wangi dan menyampaikan sijil kepada murid-murid yang diraikan.

ARTIKEL YANG SAMA