20 sertai Bengkel Melatih Pelatih HSE

20 sertai Bengkel Melatih Pelatih HSE

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 22 Okt – Seramai 20 orang dalam kalangan tenaga pengajar telah menyertai Bengkel Melatih Pelatih Tentang Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) yang diadakan di IBTE Kampus Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah, di sini, baru-baru ini.

Bengkel tersebut yang diadakan selama tiga hari, telah diketuai oleh seramai empat pemudah cara HSE dari IBTE yang telah menamatkan latihan yang sama dikendalikan oleh Pusat Latihan Brunei Asia-Pacific Shell (BAPSLH) tahun lepas.

Latihan tersebut antara lain bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pedagogi dan teknikal dalam bidang HSE yang diperlukan dalam program mereka masing-masing.

Dalam bengkel hari ini, peserta telah diberikan kefahaman mengenai asas teori HSE dan amalan yang merangkumi langkah-langkah bahaya, risiko dan kawalan.

Bengkel itu juga dihasratkan supaya pesertanya mempunyai pengetahuan yang mencukupi bagi mereka membentuk pelajaran sesuai menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang sesuai dan alat bantuan latihan yang diperlukan dalam mewujudkan persekitaran pengajaran yang berkesan.

ARTIKEL YANG SAMA