20 sertai larian Hari Kebangsaan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 27 Feb – Lebih 20 orang telah menyertai larian bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33 Tahun 2017 yang dianjurkan oleh Kumpulan KB Runner, di sini, baru-baru ini.

Larian 23 Februari itu telah melibatkan jarak kira-kira 13 kilometer yang bermula dari kawasan Pekan Seria dan, yang menariknya, laluan larian berkenaan membentuk tarikh Hari Kebangsaan jika dilihat di dalam peta.

Penganjuran larian tersebut adalah bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan di Daerah Belait di samping yang lazimnya hanya berpusat di kawasan Bandar Seri Begawan, dengan hasrat untuk sama-sama memberigakan sambutan kepada penduduk di daerah ini.

Selain itu, ia juga diadakan untuk mengeratkan ikatan silaturahim antara peserta khususnya di daerah ini bersama dengan peserta dari Daerah Tutong dan Daerah Brunei dan Muara.

Ia turut dihasratkan untuk memupuk semangat kerjasama berpasukan, berdisiplin dan berdaya saing ke arah melahirkan bangsa yang berwawasan selaras dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini ‘Menjayakan Wawasan Negara’.

Peserta Larian Hari Kebangsaan yang dianjurkan oleh Kumpulan KB Runner.
Peserta Larian Hari Kebangsaan yang dianjurkan oleh Kumpulan KB Runner.