20 sertai Larian Hari Kebangsaan

20 sertai Larian Hari Kebangsaan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 23 Feb – Lebih 20 orang telah menyertai Larian Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32 Tahun yang dianjurkan oleh KB Runner, di sini, hari ini.

Larian sejauh 13.5km itu bermula dari kawasan Pekan Seria dan menariknya, laluan larian berkenaan membentuk Hari Kebangsaan tahun ini iaitu 23.2.16 jika dilihat daripada petanya.

Selain sebagai memeriahkan suasana sambutan tersebut yang lazimnya berpusat di Bandar Seri Begawan, penganjur larian mengadakannya di sini dengan hasrat untuk memberigakan sambutan itu di daerah ini.

Antara mereka yang menyertai Larian Sempena Memperingati Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD ke-32 tahun di Seria.
Antara mereka yang menyertai Larian Sempena Memperingati Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD ke-32 tahun di Seria.
Peta menunjukkan larian berbentuk tarikh Hari Kebangsaan bermula daripada Pekan Seria sejauh kira-kira 13.5 kilometer.
Peta menunjukkan larian berbentuk tarikh Hari Kebangsaan bermula daripada Pekan Seria sejauh kira-kira 13.5 kilometer.

Di samping itu, ia juga dihasratkan sebagai mengeratkan silaturahim antara pelari-pelari khususnya di daerah ini, serta bagi memupuk semangat kerjasama berpasukan, berdisiplin dan serta berdaya saing ke arah melahirkan bangsa yang berwawasan selari dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu ‘Generasi Berwawasan’.

Turut melibatkan diri dalam acara larian tersebut ialah kalangan belia termasuk pelari remaja yang sudah tidak asing lagi Dayangku Aina Syafiqah binti Pengiran Haji Zainal, yang merupakan pelari terpantas dalam kalangan peserta remaja di daerah ini pada masa ini.

ARTIKEL YANG SAMA