20 sertai lumba basikal polis

20 sertai lumba basikal polis

Oleh YUSS HJ

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Majlis Sukan Pasukan Polis Diraja Brunei telah mengadakan satu perlumbaan basikal sejauh 40km bermula dan berakhir di Stadium Hassanal Bolkiah Ibu Pejabat Polis Gadong.

Acara tersebut adalah bagi memilih pelumba-pelumba basikal yang akan mewakili pasukan bagi kejohanan dalam dan luar Negara.

Seramai 20 orang pelumba mengikuti acara tersebut yang bermula pada jam 6.30 pagi. Hadir selaku tetamu kehormat pada acara tersebut Setiausaha MSPDB, DSP Haji Mahran bin Haji Ahmad, yang juga menyempurnakan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang pada pagi tersebut.

Peserta bergambar ramai setelah selesai perlumbaan.
Peserta bergambar ramai setelah selesai perlumbaan.

ARTIKEL YANG SAMA