20 tahun simpan lukisan curi

20 tahun simpan lukisan curi

SUSSEX, Britain – Seorang pesara Britain secara tidak sengaja telah membeli enam lukisan curi bernilai lebih £20,000 ($42,000 Brunei) dengan harga cuma beberapa ratus Pound sebelum dia meninggal dunia tanpa mengetahui hal sebenar.

Wanita yang namanya enggan disiarkan itu telah menyimpan lukisan berharga tersebut di rumahnya selama 20 tahun dan dia tidak pernah mengetahui bahawa lukisan itu sebahagian daripada rompakan hasil seni besar-besaran yang berlaku 43 tahun lalu.

Difahamkan, dia membeli enam lukisan minyak abad ke-19 itu pada 1991 dengan hanya beberapa ratus Pound dan pendedahan bahawa kesemua lukisan itu adalah dicuri daripada Muzium Amsterdam pada tahun 1972 terbongkar selepas kematiannya.

Ekoran kematian wanita itu, bekas suaminya telah menawarkan lukisan daripada pelukis dari Belanda, Belgium dan Poland-Perancis pada harga £20,000 untuk lelongan.

Bagaimanapun firma lelongan Gorringes di Lewes, barat Sussex yang memeriksa lukisan itu di pangkalan data seni mendapati, semua karya tersebut adalah barangan curi. – Agensi