20 terkorban dalam serangan bom

20 terkorban dalam serangan bom

Cameroon attackYAOUNDE, 26 Julai (AFP) – Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dalam satu serangan bom semalam di sebuah bar di Maroua, utara Cameroon, hanya beberapa hari selepas pengeboman maut berkembar di ibu negara, sumber keselamatan memberitahu AFP.

Bagaimanapun tiada pihak serta-merta mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, tetapi kawasan utara itu sering kali disasarkan oleh pelampau Boko Haram Nigeria.

Pada kira-kira 9.30 malam waktu tempatan jumlah mangsa kekal pada 14 kematian, kata seorang pegawai tentera yang dikerahkan sebagai sebahagian daripada perjuangan terhadap kumpulan jihad Boko Haram Nigeria yang tidak mahu namanya didedahkan.

“Terdapat ramai yang cedera tetapi kami hanya mampu untuk memberikan lebih maklumat tepat besok,” kata pegawai itu.

Serangan kelmarin berlaku pada kira-kira 7.45 malam apabila seorang lelaki “melontar sebiji bom” menuju ke sebuah bar di daerah Ponre, menurut satu sumber keselamatan yang tidak mahu didedahkan.

“Saya berada kira-kira 200 meter daripada tempat letupan itu,” kata sumber itu.

“Pengebom itu melarikan diri selepas melontarkan bom tersebut. Penduduk yang tidak cedera terus mengejarnya, namun dia meletupkan satu lagi bom” untuk menghalang kemaraan mereka, tambah sumber itu.

Pegawai polis di tempat kejadian mengatakan telah mengira “12 mayat” sejurus selepas serangan itu.

Seorang penduduk di pekan itu memberitahu “satu letupan kuat”, mengatakan mereka telah mengetahui terdapat satu serangan di sebuah bar besar bernama “Boucan”.

Rabu lepas, 13 orang telah terbunuh dalam kejadian pengeboman berkembar di pusat pasar dan di kejiranan berdekatan yang dilakukan oleh dua perempuan di bawah umur 15 tahun.

Serangan itu merupakan yang kedua sepertinya di kawasan itu dalam 10 hari kebelakangan, meskipun serangan utama serantau terhadap kumpulan boko haram yang kekal memberikan ancaman keselamatan tatkala ia meningkatkan serangan-serangannya di rantau bergolak Tasik Chad.