20 terkorban, serangan pemberontak Syiah

20 terkorban, serangan pemberontak Syiah

ADEN, 1 Julai (AFP) – Pemberontak melepaskan tembakan ke satu daerah kediaman kawasan pertempuran Yaman di bandar Aden mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang awam dan mencederakan 41 yang lain hari ini, menurut sumber perubatan.

Pemberontak Huthi Syiah dan sekutunya melancarkan serangan ke atas bandar yang dipegang oleh penyokong setia daerah Al-Mansura dengan 15 roket Katyusha dari kedudukan mereka di kejiranan Dar Saad, jurucakap tentera pengikut setia Ali al-Ahmadi memberitahu AFP.

Serangan roket itu bermula sebelum subuh apabila jalan-jalan sibuk menjelang waktu pagi ketika ibadah puasa dijalankan oleh umat Islam di bulan suci Ramadan, kata Ahmadi.

Tembakan serentak roket-roket kemudian di waktu pagi melanda orang-orang berkabung yang menguburkan mangsa roket sebelumnya, menurut jurucakap dan beberapa saksi.

Ahli keluarga berkumpul di sekitar mangsa-mangsa yang terkorban dalam serangan tersebut. – AFP
Ahli keluarga berkumpul di sekitar mangsa-mangsa yang terkorban dalam serangan tersebut. – AFP

“Kebanyakan yang tercedera dalam keadaan parah,” satu sumber perubatan memberitahu AFP.

Aden merupakan tempat perlindungan terakhir Presiden Abedrabbo Mansour Hadi sebelum dia melarikan diri dalam buangan ke negara jiran Arab Saudi pada Mac lalu dan pengikut setianya telah berjuang untuk mempertahankan kawasan itu melawan pihak pemberontak dengan sokongan daripada serangan udara Arab Saudi.

ARTIKEL YANG SAMA