200 anak yatim dirai

200 anak yatim dirai

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jun – Seramai 200 orang anak yatim dari Mukim Gadong A dan B, petang tadi telah diraikan dalam Majlis Penyampaian Derma dan Sungkai anjuran Kelab Wanita Antarabangsa Brunei Darussalam (IWCB).

Majlis yang berlangsung di Masjid Kampung Perpindahan Mata-Mata, Gadong, itu telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Ketua Kampung Perpindahan Mata-Mata, Pengiran Haji Mohd Salleh bin Pengiran Haji Abdul Rahman dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Presiden IWCB, Ungku Datin Hajah Fanzah binti Haji Osman.

Kemudian, majlis diselajurkan dengan bacaan tahlil yang telah dipimpin oleh imam masjid berkenaan, Awang Abdul Wafi bin Haji Awang.

Ungku Datin Hajah Fanzah semasa menyempurnakan penyampaian derma.
Ungku Datin Hajah Fanzah semasa menyempurnakan penyampaian derma.
Anak-anak yatim yang menerima derma pada majlis petang kelmarin.
Anak-anak yatim yang menerima derma pada majlis petang kelmarin.

Penyampaian derma kepada anak-anak yatim kemudian telah disempurnakan oleh Ungku Datin Hajah Fanzah, Timbalan Presiden, Dyna Tan serta ahli-ahli kelab berkenaan.

Sumbangan yang dihulurkan tersebut telah dikutip melalui Pesta Makanan Antarabangsa yang telah dikendalikan oleh IWCB, baru-baru ini.

Majlis berkenaan bertujuan untuk memberikan kegembiraan dan membantu menghulurkan sumbangan kepada anak-anak yatim di negara ini khususnya di bulan Ramadan yang mulia ini.

ARTIKEL YANG SAMA