200 banduan terlepas dari penjara Brazil

200 banduan terlepas dari penjara Brazil

RIO DE JANEIRO, 30 Sept – Kira-kira 200 banduan melarikan diri dari penjara Brazil kelmarin selepas mengadakan rusuhan dan memusnahkan pagar.

Perkhidmatan berita negeri itu melaporkan bahawa kira-kira 200 banduan telah melarikan diri dari penjara Jardinopolis, barat laut Sao Paulo, pada awal pagi. Kemudian, portal berita G1 Brazil berkata kira-kira 100 telah berjaya ditangkap semula.

Gambar yang dikeluarkan menunjukkan seorang tahanan berjalan di padang dan yang lain sedang ditahan oleh pihak berkuasa.

Rusuhan bermula pada pemeriksaan waktu pagi, apabila banduan-banduan membakar tilam dan bergegas menuju pagar. Setelah pagar rosak, tahanan melarikan diri menuruni cerun empat meter dan kemudian melintasi jalan raya.

Banduan ditahan semula selepas rusuhan berlaku di penjara Jardinopolis di negeri Sao Paulo, Brazil, kelmarin. - Xinhua
Banduan ditahan semula selepas rusuhan berlaku di penjara Jardinopolis di negeri Sao Paulo, Brazil, kelmarin. – Xinhua

Polis tentera berkata dalam satu kenyataan bahawa operasi menawan semula tahanan itu dimulakan, sambil menambah sebanyak 100 banduan telah ditangkap. Semua itu telah dibawa ke penjara lain di bandar berhampiran Ribeirao Preto.

Menurut G1, penjara Jardinopolis itu mempunyai kapasiti untuk 1,080 banduan tetapi kini menampung 1,864 penghuni. – Xinhua