200 burung murai dirampas

200 burung murai dirampas

JAKARTA, 5 Jun – Polis Indonesia telah merampas 200 ekor burung murai kampung hari ini yang dimuatkan dalam 10 kontena plastik di dalam sebuah bas yang membuat perjalanan dari Kuching, Malaysia ke Pontianak di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia, lapor media tempatan.

Kompas.com melaporkan bahawa polis Entikong di Kalimantan Barat telah menemui burung-burung itu ketika menjalankan satu pemeriksaan lalu lintas.

“Apabila kami memeriksa bas berkenaan, kami mendapati 10 kotak bungkusan dengan burung di dalamnya telah disorokkan di bawah kerusi penumpang dalam bas SJS yang membuat perjalanan ke Kuching-Pontianak,” kata ketua polis Entikong, Kartayana, dipetik sebagai berkata.

Penumpang yang menduduki kerusi itu dikenal pasti sebagai Amat. Dia mendakwa bekerja sebagai pekerja ladang minyak kelapa sawit di Malaysia dan mengatakan dia mengumpulkan burung-burung itu semasa dia bekerja di ladang itu untuk dijual apabila dia kembali ke Pontianak.

Menurut polis mereka telah merampas burung-burung itu kerana ia telah dibawa masuk ke Indonesia tanpa sebarang dokumentasi yang betul.

Burung murai kampung itu sering dijadikan sebagai haiwan peliharaan dalam kurungan dan dikenali dengan keupayaannya pandai bersiul. – dpa

 

ARTIKEL YANG SAMA