200 hadiri Majlis Ramah Mesra Keluarga

200 hadiri Majlis Ramah Mesra Keluarga

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Lebih 200 orang yang terdiri daripada keluarga Awang Matusin bin Awang Amin telah menghadiri Majlis Ramah Mesra Keluarga Awang Matusin yang berlangsung di rumah Ketua Kampung Subok di One Subuk Villa, Kampung Subok petang tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Penghulu Mukim Kota Batu dan Pemangku Ketua Kampung Kianggeh, Awang Naim bin Haji Kamis. Turut hadir ialah Ketua Kampung Subok, Haji Mohd Jais bin Mohd Salleh.

Majlis petang tadi itu turut menjemput lebih 30 orang warga emas dari sekitar kampung berkenaan.

Penganjuran majlis berkenaan bertujuan untuk mengeratkan dan mengekalkan lagi hubungan silaturahim di antara keluarga-keluarga yang ada di samping memupuk rasa cinta dan kasih sayang serta sifat kekeluargaan bagi generasi-generasi muda masa kini.

Majlis juga dimeriahkan lagi dengan aktiviti cabutan bertuah di samping disajikan pelbagai hidangan juadah yang menarik.

Haji Mohd Jais menyampaikan cenderahati kepada Awang Naim.
Haji Mohd Jais menyampaikan cenderahati kepada Awang Naim.
Antara yang hadir memeriahkan lagi acara Majlis Ramah Mesra Keluarga tersebut.
Antara yang hadir memeriahkan lagi acara Majlis Ramah Mesra Keluarga tersebut.