200 hadiri Mesyuarat Agung KOPEKLAP ke-4

200 hadiri Mesyuarat Agung KOPEKLAP ke-4

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 21 Feb – Koperasi Persatuan Kampung Lubok Pulau Tutong dengan Tanggungan Berhad Negara Brunei Darussalam (KOPEKLAP DTB) pagi tadi mengadakan Mesyuarat Agung KOPEKLAP ke-4, di Dewan Serba guna Kemasyarakatan Serambangun, Tutong.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah KOPEKLAP, Haji Hussain bin Mahari, mesyuarat tersebut bertujuan untuk membincangkan mengenai projek-projek yang telah dan akan dilaksanakan oleh KOPEKLAP.

Antara projek yang berjaya dilaksanakan oleh KOPEKLAP ialah Stesen Minyak KOPEKLAP di Kampung Lubok Pulau yang beroperasi pada 28 Februari 2014. Usaha sama ini adalah peluang bagi KOPEKLAP untuk menonjolkan koperasi dan Kampung Lubok Pulau.

Selain membincangkan mengenai projek tersebut, ahli-ahli KOPEKLAP turut membincangkan beberapa projek lain yang akan memberikan pendapatan sampingannya seperti Syarikat KFC Sdn Bhd dan salah sebuah syarikat minuman antarabangsa yang akan dilaksanakan di Stesen Minyak KOPEKLAP.

Antara yang hadir pada mesyuarat KOPEKLAP berkenaan.
Antara yang hadir pada mesyuarat KOPEKLAP berkenaan.

Penerangan Mesyuarat Agung KOPEKLAP ke-4 ini disampaikan oleh Pengerusi Mesyuarat, Pengiran Haji Zainal bin Pengiran Talib dan diikuti dengan bacaan laporan Setiausaha oleh Setiausaha Agungnya, Haji Sabli bin Haji Mat Yassin dan laporan kewangan oleh Bendahari Agung, Haji Asli bin Haji Rasil.

Seramai 200 orang terdiri daripada ahli-ahli KOPEKLAP dan penduduk sekitar Kampung Lubok Pulau menghadiri mesyuarat itu.

ARTIKEL YANG SAMA