200 pain darah berjaya dikumpul

200 pain darah berjaya dikumpul

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 4 Jun – Sesuai dengan peranannya sebagai sebuah agensi kecemasan yang memberikan perkhidmatan kecemasan kepada orang ramai di negara ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengadakan kempen derma darah di keempat-empat daerah sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Penubuhannya ke-54 Tahun.

Siri terakhir kempen berkenaan telah diadakan di Bangunan Operasi G Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Bangar, hari ini, dengan kerjasama Unit Tabung Darah, di mana lebih 50 orang telah hadir menderma darah.

Secara keseluruhannya, lebih 200 pain darah telah berjaya dikumpulkan menerusi kempen di keempat-empat daerah.

Kempen bermula di Daerah Brunei Muara pada 7 Mei 2015 di Dewan Pusat Latihan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Lambak Kanan yang dikhususkan bagi pegawai, anggota serta kakitangan Pusat Latihan dan ahli Bomba Pelatih.

Sementara itu, pada 12 Mei 2015, kempen diadakan di Dewan Serba Guna Bomba dan Penyelamat bagi cawangan operasi Daerah Brunei Muara dan Ibu Pejabat.

Penyampaian sijil kepada salah seorang anggota bomba yang turut menderma darah yang disempurnakan oleh Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘G’, Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat, Abdul Hadi Zulfadli bin Haji Yahya.
Penyampaian sijil kepada salah seorang anggota bomba yang turut menderma darah yang disempurnakan oleh Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘G’, Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat, Abdul Hadi Zulfadli bin Haji Yahya.
Antara yang menderma darah semasa kempen di Daerah Temburong.
Antara yang menderma darah semasa kempen di Daerah Temburong.

Di Daerah Tutong, ia diadakan pada 11 Mei bagi pegawai, anggota serta kakitangan Operasi E di Balai Bomba Bukit Beruang manakala bagi cawangan Operasi B Daerah Belait telah diadakan pada 14 Mei di Dewan Persidangan Jabatan Bandaran Kuala Belait.

Dengan adanya kempen tersebut setentunya dapat membantu tabung darah negara dalam memenuhi keperluan darah bagi mereka yang memerlukan.

ARTIKEL YANG SAMA