200 peserta sertai Easy Run III

200 peserta sertai Easy Run III

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Dengan hasrat untuk mempromosikan dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup sihat menerusi kegiatan riadah sambil beramal, Institut Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri, hari ini telah menganjurkan larian Easy Run III yang bermula dan berakhir di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Larian yang disertai lebih 200 orang peserta itu bermatlamat untuk melahirkan warga perkhidmatan awam serta orang ramai yang sihat, cergas dan aktif menerusi kegiatan sukan sambil beramal dengan mengumpul dana bagi SMARTER Brunei.

Menurut kenyataan Fitness Zone, acara larian amal itu dihadiri dan dirasmikan oleh Pengarah Urusannya Wu Chun, di mana bukan sahaja beliau menyokong usaha itu tetapi turut menyertai beberapa kegiatan yang diadakan.

Larian itu turut disertai lebih 30 orang peserta dari SMARTER Brunei di mana para peserta larian turut mendapat pas percuma selama tiga hari ke Fitness Zone.

Para peserta memulakan acara larian mereka.
Para peserta memulakan acara larian mereka.
Para peserta larian tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Wu Chun.
Para peserta larian tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Wu Chun.

Sementara itu, Wu Chun sebagai duta kesihatan dalam mempromosikan gaya hidup sihat di negara ini, menyatakan penyertaan dan sokongannya dalam acara itu adalah untuk menyebarkan mesej supaya menjaga kesihatan menerusi amalan gaya hidup aktif dan sihat.

Beliau juga menyatakan perasaan gembira kerana Fitness Zone diberikan peluang untuk menyertai acara larian amal itu di mana beliau menyatakan harapan untuk terus bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memperkasakan rakyat dan penduduk negara ini ke arah amalan gaya hidup sihat dan aktif.

ARTIKEL YANG SAMA