200 peserta terlibat dalam golf BIBD Perdana

200 peserta terlibat dalam golf BIBD Perdana

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Nov – Seramai 200 peserta telah terlibat dalam Kejohanan Golf Jemputan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) Perdana ke-7 yang diadakan selama dua hari di The Empire Hotel & Country Club, Jerudong bermula kelmarin dan berakhir hari ini.

Kejohanan yang disertai oleh pelanggan perdana dan korporat BIBD itu dimenangi Haji Azman Latif bin Haji Abdul Aziz yang tampil juara dalam Kategori Nett dan Lai Suan Long pula memenangi bahagian Gross.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pengarah Pengurusan BIBD, Mubaskar Khokhar.

Sementara itu, dalam Bahagian Gross Senior pula menyaksikan kejayaan Haji Yussop Daud, diikuti oleh Alfred Sim yang berjaya menawan Bahagian Nett Senior dan Hajah Rosemita binti Dato Noordin pula tampil juara Bahagian Nett Perempuan.

Mubaskar Khokhar menyerahkan piala juara bahagian Nett kepada Haji Azman Latif.
Mubaskar Khokhar menyerahkan piala juara bahagian Nett kepada Haji Azman Latif.

ARTIKEL YANG SAMA