200 sertai ‘Unity Walkathon’ UBD

200 sertai ‘Unity Walkathon’ UBD

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Nov – Unity Walkathon anjuran Badan Pergerakan Mahasiswa-Mahasiswi (bpm) Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FASS), Universiti Brunei Darussalam (UBD) berlangsung lancar dan meriah petang ini.

Walkaton sekeliling kawasan UBD bertemakan ‘Bersatu Dengan Kami’ itu telah dirasmikan oleh Pegawai Kegiatan Luar dan Perkembangan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UBD, Awang Mohd Ali Sabri bin Haji Abang.

Sebelum memulakan perjalanan sejauh 2.5 kilometer dalam kawasan UBD berkenaan, Awang Mohd Ali Sabri bersama-sama para peserta telah melakukan senaman pemanasan badan terlebih dulu.

Seramai 200 orang peserta telah mendaftar untuk memeriahkan lagi acara walkaton percuma yang bermula dan berakhir di kawasan lapang Dewan Kuliah Utama (CLT) dan Taman Rakis, UBD berkenaan.

Awang Mohd Ali Sabri (dua dari kiri) bersama peserta ketika sesi pemanasan badan di kawasan lapang CLT dan Taman Rakis UBD sebelum memulakan walkaton sejauh 2.5km berkenaan.
Awang Mohd Ali Sabri (dua dari kiri) bersama peserta ketika sesi pemanasan badan di kawasan lapang CLT dan Taman Rakis UBD sebelum memulakan walkaton sejauh 2.5km berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA