200 spesies ‘Royal Turtle’ dipindahkan

200 spesies ‘Royal Turtle’ dipindahkan

PHNOM PENH, Kemboja, 13 Sept – Bahagian pemuliharaan Kemboja berkata mereka telah memindahkan lebih daripada 200 spesies haiwan ‘Royal Turtle’ yang hampir pupus untuk pembiakan dan pemuliharaan, mengurangkan kebimbangan spesies yang jarang ditemui akan pupus di Kemboja.

Dalam satu kenyataan hari ini, Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar yang berpangkalan di New York berkata 206 Royal Turtles telah dilepaskan ke dalam kemudahan itu, menurut Pusat Pemuliharaan Reptilia Koh Kong, di barat Kemboja.

Pusat tersebut merupakan antara usaha bersama antara jabatan perikanan kerajaan dan masyarakat.

‘Royal Turtle’ adalah salah satu daripada 25 kura-kura paling terancam di dunia dan penyu air tawar.

Juga dikenali sebagai terrapin sungai selatan, ‘Royal Turtle’ dinamakan sedemikian kerana pada zaman sejarah hanya keluarga diraja boleh memakan telurnya. Spesies ini telah ditetapkan sebagai reptilia negara Kemboja pada tahun 2005. – AP

Ahli pemuliharaan bersedia untuk melepaskan Royal Turtles di sebuah pusat pemuliharaan di Mondul Seima, wilayah Koh Kong, Kemboja, kelmarin. – AP
Ahli pemuliharaan bersedia untuk melepaskan Royal Turtles di sebuah pusat pemuliharaan di Mondul Seima, wilayah Koh Kong, Kemboja, kelmarin. – AP