200 terima daging korban dari BGC

200 terima daging korban dari BGC

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Sebagai salah satu daripada program tanggungjawab sosial korporatnya, Brunei Gas Carrier (BGC) telah menyumbangkan daging korban kepada seramai 200 orang terdiri daripada asnaf fakir miskin dan anak-anak yatim dari Mukim Sengkurong yang berdaftar di bawah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dan juga ahli BGC.

Majlis pengagihan daging korban yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Sayyidina Husain, Jerudong itu telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan BGC, Haji Shahbudin bin Haji Musa.

Ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha itu telah mengorbankan tiga ekor kerbau dan seekor kambing hasil sumbangan individu-individu dari BGC.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan taklimat keagamaan oleh wakil Majlis Keagamaan BGC, Haji Mohamad Yazid bin Abdul Ranni.

Haji Shahbudin menyempurnakan penyampaian daging korban kepada para penerima.
Haji Shahbudin menyempurnakan penyampaian daging korban kepada para penerima.
Antara para penerima agihan daging korban BGC.
Antara para penerima agihan daging korban BGC.

ARTIKEL YANG SAMA