2,000 beraya bersama Kumpulan Serikandi

2,000 beraya bersama Kumpulan Serikandi

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Julai – Bagi merapatkan lagi silaturahim dengan pihak-pihak berkepentingan, para pelanggan dan orang ramai, Kumpulan Syarikat-syarikat Serikandi telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka yang berlangsung di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

Sekitar 2,000 orang telah menghadiri majlis berkenaan termasuklah dari pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), para perwakilan luar negara ke Brunei Darussalam, pegawai-pegawai kerajaan, para pelanggan setia, dan orang ramai.

Turut hadir ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Hadir bagi mengalu-alukan kedatangan para tetamu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Serikandi, Shaikh Haji Khalid bin Shaikh Ahmad serta keluarga beliau.

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan berserta isterinya yang menghadiri rumah terbuka Serikandi.
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan berserta isterinya yang menghadiri rumah terbuka Serikandi.
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugamaberserta isterinya yang menghadiri rumah terbuka Serikandi.
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugamaberserta isterinya yang menghadiri rumah terbuka Serikandi.

Shaikh Haji Khalid ketika ditemui Media Permata berkata bahawa mereka telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat lain di bawah Kumpulan Syarikat-syarikat Serikandi seperti Serikandi Café & Restaurant, Ya Nur Trading Company, dan Ya Nur Restaurant & Catering bagi sama-sama menjayakan majlis berkenaan.

“Dengan kolaborasi ketiga-tiga anak syarikat di bawah satu kumpulan ini, kami dapat meraikan sambutan Hari Raya ini dengan menyambut para tetamu yang hadir daripada ahli-ahli perniagaan dan juga para pelanggan dan mengeratkan lagi tali silaturahim antara satu sama lain.”

Acara berkenaan, menurut Shaikh Haji Khalid, juga merupakan salah satu cara untuk tidak melakukan pembaziran iaitu dengan mengadakannya bersama anak-anak syarikat mereka dan mengundang semua yang berkaitan dengan kumpulan tersebut bersama orang ramai dalam satu masa.

ARTIKEL YANG SAMA