2,000 gading dibakar

2,000 gading dibakar

YAOUNDE, Cameroon, 20 April (AP) – Kira-kira 2,000 gading gajah dan beratus-ratus produk gading yang diperdagangkan secara haram telah dibakar kelmarin oleh pihak berkuasa Cameroon yang dipercayai menjadi salah satu pembakaran terbesar barangan hidupan liar dalam sejarah Afrika.

Majlis pembakaran di dataran berpasir di ibu Cameroon telah disaksikan oleh Samantha Power, Duta PBB Amerika, juga menyertai pegawai Cameroon yang memuji majlis itu sebagai simbolik komitmen mereka untuk memenangi perang terhadap penyeludupan haram produk haiwan. Gajah hutan Afrika Tengah telah menurun dalam jumlah sebanyak dua pertiga antara tahun 2002 dan 2012.

“Semua negara kita boleh dan mesti melakukan lebih banyak usaha lagi,” kata Power. Pembakaran ini memberi mesej yang jelas.

Timbunan gading yang dibakar di Yaounde pada Selasa lalu. - AFP
Timbunan gading yang dibakar di Yaounde pada Selasa lalu. – AFP

Timbunan itu termasuk papan gading catur, manik, tiang totem dan ukiran gajah walaupun kecil, semuanya digabungkan dengan gading mentah. Pegawai Cameroon berkata longgokan daripada gading sahaja berjumlah 3.5 tan, walaupun angka itu belum dapat disahkan. Apa yang pasti ialah barangan yang bernilai berjuta-juta dolar. Unggun kayu api yang akan membakar selama tiga hari.

Philip Ngole Ngwese, menteri perhutanan dan hidupan liar Cameroon, berkata gading yang dirampas, kebanyakkan berasal dari luar negara. Bandar terbesar di Cameroon, Douala, adalah sebuah pelabuhan di mana banyak barang-barang yang diperdagangkan dari luar negara akan singgah di rantau itu.

ARTIKEL YANG SAMA