20,000 biji tayar terbakar

20,000 biji tayar terbakar

Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Okt – Sebanyak 20,000 biji tayar terbakar di kawasan pembuangan tayar di Lebuhraya Bukit Udal, kelmarin.

Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan pada jam 6 petang mengerahkan dua buah jentera bomba dari Balai Bomba Tutong dan Balai Bomba Bukit Beruang untuk mengawal kebakaran berkenaan.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, seramai 15 anggota mereka dikerahkan ke tempat kejadian diketuai oleh Pegawai Balai Lily Suraibi bin Sidek.

Ketika tiba di tempat kejadian, api sudah marak tetapi berjaya dipadamkan selepas lebih kurang 8 jam 40 minit. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.

ARTIKEL YANG SAMA