200,000 pendu...

200,000 penduduk dipindahkan segera

OROVILLE, Amerika Syarikat (AS), 14 Feb – Hampir 200,000 orang diarahkan untuk berpindah di utara California semalam selepas ancaman terhadap kegagalan di empangan tertinggi di AS.

Pegawai berkata bahaya itu terhenti semantara ketika paras air di Oroville Dam, 75 batu (120 kilometer) ke utara Sacramento, berkurangan. Tetapi orang ramai masih dimaklumkan untuk menjauhkan diri.

Beberapa minggu turunan hujan lebat memenuhi empangan itu setinggi 770 kaki (235 meter) dalam kapasiti.

Ancaman berlaku bukan dari empangan itu sendiri, di mana Jabatan Sumber Air California berkata tidak dalam bahaya untuk roboh, tetapi kecemasan tumpahan yang menyalurkan air berlebihan.

Lubang besar dibuka di empangan utama itu minggu lalu, yang memaksa pihak berkuasa untuk mengaktifkan saluran kecemasan itu pada Sabtu lalu buat kali pertama.

Antara kawasan yang terjejas oleh limpahan air empangan Oroville. – AFP
Antara kawasan yang terjejas oleh limpahan air empangan Oroville. – AFP

Tetapi ia mula menghakis, mengancam pecahan yang akan mengakibatkan kenaikan air menuju ke lembah bahagian bawah, lapor media.

Pihak berkuasa melepaskan 100,000 kubik kaki air bagi sesaat dari alur limpah utama, yang menurunkan paras takungan air pada Ahad lalu, kata akhbar Sacramento Bee, yang memetik jabatan air.

Akhbar itu melaporkan bahawa kumpulan-kumpulan sokongan telah memberi amaran pada 2005 bahawa alur limpah tersebut mencetuskan bahaya jika berlaku banjir utama dan mencadangkan kepada kerajaan persekutuan bahawa ia perlu dikuatkuasakan.

Ketua Jabatan, Bill Croyle memberitahu sidang akhbar berhampiran zon bahaya bahawa dia tidak tahu dengan nasihat itu, tetapi berikrar bahawa jurutera-jurutera akan menganalisis kesilapan apabila krisis itu berakhir, kata akhbar itu.

Jabatan itu tidak memberikan sebarang tindak balas kepada pertanyaan bagi mengulas mengenai laporan itu.

Helikopter sudah bersiap sedia sepanjang malam untuk menggugurkan batu-batu di kawasan yang terhakis dalam alur limpah kecemasan dalam keadaan ramalan hujan turun esok dan Khamis yang akan memenuhi takungan air itu sekali lagi.

Pengawal Kebangsaan California berkata menerusi Facebook bahawa ia telah memaklumkan 23,000 ahlinya bersedia untuk penempatan. – AFP