2015 sejarah Baiduri Masters

2015 sejarah Baiduri Masters

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mei – Satu sejarah baru telah dicatat di Negara Brunei Darussalam setelah tiga pemain golf telah berjaya melakukan pukulan hole-in-one dalam sejarah Kejohanan Golf Baiduri Masters 2015 yang diadakan sejak 20 tahun lalu.

Ahmad Izzat bin Dato Seri Setia Haji Mohd Zaimi dan Ahanapiah Haji Mohd Noor masing-masing berjaya melakukan pukulan bertuah itu pada lubang kedua, sekali gus melayakkan mereka berkongsi hadiah sebuah kereta Porsche Panamera yang bernilai lebih $178,000 dengan hadiah replika kunci Porsche disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif QAF Brunei, Albert Lau.

Manakala seorang lagi pemain, Kahar bin Haji Abu Bakar yang berjaya melakukan pukulan hole-in-one pada lubang 16 menerima hadiah berupa wang tunai $20,000 yang telah disampaikan oleh Pierre Imhof.

Penyampaian hadiah berlangsung di Dewan Indera, Kelab Rekreasi Royal Brunei disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Dr. Pengiran Muda Abdul Fattaah ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.

(Dari kiri) Ahmad Izzat dan Ahanapiah Haji Mohd Noor menerima hadiah kereta Porsche Panamera disampaikan oleh Albert Lau bersama Yang Amat Mulia Dr.  Pengiran Muda Abdul Fattaah dan Pierre Imhof.
(Dari kiri) Ahmad Izzat dan Ahanapiah Haji Mohd Noor menerima hadiah kereta Porsche Panamera disampaikan oleh Albert Lau bersama Yang Amat Mulia Dr. Pengiran Muda Abdul Fattaah dan Pierre Imhof.
Yang Amat Mulia Dr. Pengiran Muda Abdul Fattaah menyampaikan piala juara bertahan Kejohanan Golf Baiduri Masters kepada Seruji Haji Setia (kiri).
Yang Amat Mulia Dr. Pengiran Muda Abdul Fattaah menyampaikan piala juara bertahan Kejohanan Golf Baiduri Masters kepada Seruji Haji Setia (kiri).
Andrew Young (kiri) menyampaikan hadiah wang tunai sebanyak $850 kepada Seruji Haji Setia.
Andrew Young (kiri) menyampaikan hadiah wang tunai sebanyak $850 kepada Seruji Haji Setia.
Pierre Imhof (kiri) menyampaikan hadiah wang tunai $20,000 kepada pemenang hole-in-one lubang ke-16, Kahar Haji Abu Bakar.
Pierre Imhof (kiri) menyampaikan hadiah wang tunai $20,000 kepada pemenang hole-in-one lubang ke-16, Kahar Haji Abu Bakar.
Pengurus Besar Brunei Press Sdn Bhd, Reggie See menerima sijil penghargaan daripada Andrew Young (Kanan).
Pengurus Besar Brunei Press Sdn Bhd, Reggie See menerima sijil penghargaan daripada Andrew Young (Kanan).

Ketua Pegawai Eksekutif Baiduri Bank, Pierre Imhof dalam ucapannya berkata tujuan utama kejohanan ini diadakan adalah untuk membantu masyarakat dan membuat perubahan, sama ada besar atau kecil dan tahun ini tiada perbezaan.

Bank Baiduri sentiasa berusaha mengumpul dana amal tempatan, terutama organisasi amal yang memberi bagi membantu individu berkeperluan khas bagi mengurangkan beban mereka, katanya.

Dalam keputusan keseluruhan gross, Awang Seruji Haji Setia sekali lagi menjuarai Kejohanan Golf Baiduri Masters kali ke-20 dengan mendapat 69 mata. Beliau disarungkan jaket hijau sebagai tanda kemenangan dan menerima wang tunai B$850 yang disampaikan oleh Presiden Baiduri Masters, Andrew Young.

Manakala piala cabaran kepada juara bertahan, Seruji Haji Setia disampaikan oleh Yang Amat Mulia Dr . Pengiran Muda Abdul Fattaah.

ARTIKEL YANG SAMA