2015, tahun paling panas

2015, tahun paling panas

MIAMI, 20 Jan – Ahli sains kerajaan AS dijangka mengumumkan hari ini bahawa 2015 adalah tahun paling panas di planet dalam era moden, di tengah kebimbangan meningkat mengenai kadar perubahan iklim di seluruh dunia.

Suhu purata global pada tahun lalu di permukaan darat dan laut dijadual didedahkan pada pukul 11:00 pagi, dalam satu panggilan persidangan di antara Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Nasional (NOAA), agensi angkasa lepas AS NASA dan wartawan.

Ahli sains yang menjejaki iklim menjangka 2015 akan mengatasi 2014 untuk iklim paling panas sejak 1800, terutamanya sejak NOAA mengumumkan pada Disember bahawa rekod suhu global dipecah dalam sembilan bulan tahun itu, termasuk tujuh bulan terakhir berturut-turut.

“11 bulan pertama 2015 adalah tempoh paling panas yang dicatat di seluruh permukaan darat dan lautan dunia,” kata NOAA dalam laporan itu.

Nelayan Gabriel Barreto berdiri di tepi Sungai Magdalena, sungai terpanjang dan paling penting di Colom-bia, di kota Honda. - Reuters
Nelayan Gabriel Barreto berdiri di tepi Sungai Magdalena, sungai terpanjang dan paling penting di Colom-bia, di kota Honda. – Reuters

“Untuk kali pertama dalam sejarah, suhu Bumi jelasnya 1.0C lebih daripada purata 1850-1900. Bagaimanapun, sekarang adalah jelas 2015 merupakan tahun paling panas yang dicatat berdasarkan margin besar,” kata pengarah eksekutif Elizabeth Muller.

Secara khusus, 2015 mengatasi pemegang rekod 2014 sebelumnya sebanyak 0.14 darjah Celsius, menurut suhu purata permukaan global di darat dan laut untuk tahun itu, katanya. – AFP