2016 tahun paling panas dicatatkan

2016 tahun paling panas dicatatkan

MARRAKESH, Maghribi, 15 Nov – Tahun 2016 menjadi tahun paling panas yang dicatatkan, kata peramal PBB semalam, sementara Bank Dunia mengira 26 juta orang terjerumus dalam kemiskinan setiap tahun disebabkan bencana semula jadi, menggambarkan risiko yang ditimbulkan oleh perubahan iklim.

Sementara itu, ahli sains melaporkan pengeluaran gas rumah hijau daripada pembakaran bahan api fosil, penjana utama pemanasan global, masih tetap untuk tahun ketiga berturut-turut pada 2015.

Kesemua tiga laporan dikeluarkan mengenai isu sampingan rundingan iklim PBB peringkat tinggi di Marrakesh yang masih berpulih daripada berita mengatakan Trump, yang tidak menerima perubahan iklim, telah memenangi Rumah Putih.

Disebabkan pertumbuhan ekonomi dan pencemaran karbon dioksida tidak lagi bergerak dalam prosedur standard menandakan satu petunjuk yang memberangsangkan, kata ahli sains. Namun kadar pengeluaran yang tetap masih meletak Bumi bercanggahan dengan ribut besar, kemarau, gelombang haba dan peristiwa cuaca melampau yang lain.

Melainkan pencemaran karbon dikurangkan dengan cepat, mereka mengingatkan manusia akan kehabisan “bajet karbon” – jumlah karbon dioksida yang boleh dikeluarkan tanpa melepasi garis merah pemanasan berbahaya – dalam tempoh beberapa dekad.

Gambar fail 31 Mei 2015 menunjukkan seorang wanita menyejukkan dirinya semasa musim panas di Hyderabad, negeri selatan India, Telangana. Tahun 2016 menjadi tahun paling panas yang dicatat, kata peramal PBB kelmarin. – AP
Gambar fail 31 Mei 2015 menunjukkan seorang wanita menyejukkan dirinya semasa musim panas di Hyderabad, negeri selatan India, Telangana. Tahun 2016 menjadi tahun paling panas yang dicatat, kata peramal PBB kelmarin. – AP

“Kami telahpun menggunakan lebih dua pertiga daripada kuota pengeluaran untuk mengekal perubahan iklim di bawah dua darjah,” kata laporan Bajet Karbon Global tahunan.

Juga semalam, PBB meramalkan suhu global purata pada 2016 “kemungkinan besar” 1.2 darjah Celsius lebih tinggi daripada era pra-industri, pengukur untuk pemanasan global.

Enam belas daripada 17 tahun paling panas yang dicatat akan berlaku pada abad ini, menurut Pertubuhan Kaji Cuaca Dunia (WMO). Dunia telahpun bergerak lebih separuh ke arah had “kurang” 2C seperti yang dipersetujui, had yang ditetapkan dalam Perjanjian Paris yang dikuatkuasakan pada awal bulan ini. Di sebahagian daripada kawasan Artik Rusia, suhu adalah 6C hingga 7C lebih tinggi berbanding purata jangka panjang, lapor WMO. – AFP