206 lagi berlepas ke tanah suci

206 lagi berlepas ke tanah suci

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Azrol Azmi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Ogos – Penerbangan kedua menggunakan pesawat BI4203 yang membawa seramai 206 bakal jemaah haji, 106 lelaki dan 100 perempuan, telah berlepas ke tanah suci dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, hari ini, dan dijangka tiba di Madinah pada 12:32 tengah malam waktu tempatan.

Turut serta mengiringi jemaah haji ialah enam orang pegawai perubatan dan empat pegawai penyelia daripada Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB).

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat berlepas kepada bakal-bakal jemaah haji negara ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad ketika mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji, kelmarin.
Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad ketika mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji, kelmarin.
Sebelum berlepas, ahli keluarga bakal jemaah haji sempat berpelukan dan meminta maaf antara satu sama lain.
Sebelum berlepas, ahli keluarga bakal jemaah haji sempat berpelukan dan meminta maaf antara satu sama lain.
Sanak saudara bakal jemaah haji melambaikan tangan kepada bakal jemaah haji yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, kelmarin.
Sanak saudara bakal jemaah haji melambaikan tangan kepada bakal jemaah haji yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, kelmarin.

Turut hadir ialah Duta Besar Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Hisham bin Abdul Wahab bin Abdullah Zaraa, setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama serta ahli-ahli Lembaga Pengarah Darussalam Holdings Sdn Bhd.

Sebelum berlepas, doa selamat telah dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Hamidon bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Abdul Hamid dan azan pula dilaungkan oleh Mudim Haji Amran bin Haji Mohd Salleh.

ARTIKEL YANG SAMA