207 pelajar Maktab Sains terima sijil

207 pelajar Maktab Sains terima sijil

Oleh Syahmi Hassan

Gambar Achong Tanjong

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Seramai 207 penuntut Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (Maktab Sains) hari ini telah diraikan pada Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Akademik bagi Peperiksaan Akhir Tahun dan Peperiksaan Kemajuan Pelajar 1438H/2016M yang diadakan di Auditorium Maktab Sains, Kampung Serusop.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan sijil dan hadiah kepada para pelajar ialah Pegawai Kluster 3, Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, Hajah Hashimawati binti Haji Mohamad.

Pada majlis berkenaan, Pengetua Maktab Sains, Haji Ismail bin Haji Zainal dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan bahawa daripada 107 penuntut yang menerima sijil berkenaan, tujuh penuntut Tahun 7 telah memperolehi markah purata 90 peratus ke atas dalam ‘Final Year Academic Review’ dan 10 penuntut Tahun 8 memperolehi markah purata 90 peratus ke atas dalam Penilaian Kemajuan Pelajar (SPA).

Tetamu kehormat bergambar ramai bersama Pengetua, guru-guru dan para penuntut yang telah menerima hadiah dan sijil yang berlangsung kelmarin.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama Pengetua, guru-guru dan para penuntut yang telah menerima hadiah dan sijil yang berlangsung kelmarin.

Manakala empat pelajar Tahun 9 telah memperolehi markah purata 80 peratus ke atas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Social Studies, Pengetahuan Ugama Islam (IRK), Melayu Islam Beraja (MIB), Mandarin, Drama dan Pendidikan Jasmani (P.E) dan sembilan penuntut dari Tahun 8 pula menunjukkan peningkatan ketara dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Matematik, Social Studies, IRK, MIB, Business, Art and Technology (BAT), Mandarin, Drama dan P.E.

Sementara itu, seramai 10 penuntut Tahun 9, jelasnya lagi, telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam mata pelajaran IRK, Biologi, Kimia, Fizik, IGCSE P.E, Design and Technology, Art and Design, Simpan Kira-kira, Ekonomi dan Sains Komputer.

ARTIKEL YANG SAMA