209 sertai peringkat pemilihan Musabaqah

209 sertai peringkat pemilihan Musabaqah

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Feb – Seramai 209 peserta memperdengarkan bacaan masing-masing dalam Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Pemilihan Awal Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah yang diadakan selama empat hari bermula hari ini.

Pertandingan ini dibahagikan kepada lima kategori, dengan 44 orang peserta lelaki dan 38 orang peserta perempuan bertanding dalam Kategori A, empat peserta lelaki dan 10 perempuan dalam Kategori B, 32 lelaki dan 37 perempuan dalam Kategori C, 17 lelaki dan sembilan perempuan dalam Kategori D, manakala itu, Kategori E disertai 13 orang peserta lelaki dan lima orang perempuan.

Peringkat pemilihan yang berlangsung di Dewan Kuliah, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha itu diadakan bagi memilih 12 peserta bagi setiap kategori untuk ke Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan yang akan diadakan kemudian.

Dianjurkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, pertandingan ini diadakan bagi memantapkan lagi budaya masyarakat mencintai Al-Quran di negara ini.

Antara peserta yang hadir pada sesi pagi mengikut kategori masing-masing.
Antara peserta yang hadir pada sesi pagi mengikut kategori masing-masing.
Para juri ketika mendengarkan bacaan para peserta.
Para juri ketika mendengarkan bacaan para peserta.

ARTIKEL YANG SAMA