21 ahli baru MPM Sengkurong dilantik

Oleh Normazlina M.D

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Seramai 21 orang ahli baru Majlis Perundingan Mukim (MPM) Sengkurong telah dilantik bagi sesi 2017-2021 dalam mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung Mukim Sengkurong, Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong, baru-baru ini.

Kesemua ahli yang dilantik tersebut adalah mewakili tujuh buah kampung di bawah Mukim Sengkurong, iaitu Kampung Sengkurong ‘A’, Kampung Sengkurong ‘B’, Kampung Jerudong, Kampung Tanjong Nangka, Kampung Mulaut, Kampung Lugu dan Katimahar dan Kampung Kulapis.

Menerusi mesyuarat tersebut, Penghulu Mukim Sengkurong, Haji Musa bin Haji Tahir selaku Pengerusi telah mencadangkan penasihat dan melantik setiausaha dan timbalan setiausaha baru, di samping mengekalkan keahlian pengerusi, timbalan pengerusi, bendahari dan beberapa orang ahli.

Haji Musa juga mengesa agar ahli-ahli baru MPM Sengkurong akan terus memberikan sumbangan tenaga dan buah fikiran dalam sama-sama meningkatkan kesejehteraan mukim dari segi keselamatan, keagamaan, kemasyarakatan dan kegiatan ekonomi.

Ahli-ahli baru MPM Sengkurong yang baru dilantik bagi sesi 2017-2021 bergambar ramai pada majlis itu.
Ahli-ahli baru MPM Sengkurong yang baru dilantik bagi sesi 2017-2021 bergambar ramai pada majlis itu.