21 dicekup dalam Ops Sepadu

21 dicekup dalam Ops Sepadu

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Okt – Seramai 21 warga asing dicekup kerana pelbagai kesalahan dalam Operasi Bersepadu yang dijalankan di Daerah Brunei dan Muara baru-baru ini.

Mereka termasuklah dua orang didapati melakukan kesalahan Akta Kastam, lima lagi didapati menyalahi Akta Buruh dan tujuh melanggar Akta dan Peraturan Imigresen, manakala empat lagi warga India juga didapati menerima barangan curi.

Kesemua mereka ditahan dalam Operasi Bersepadu yang dijalankan selama tiga jam di tapak perindustrian perniagaan besi buruk di Daerah Brunei dan Muara yang dilancarkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei bersama agensi penguatkuasa lain seperti Jabatan Buruh dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) yang melibatkan 41 orang pegawai.

Operasi diketuai oleh Penolong Pegawai Pemerintah Daerah Polis Muara (Operasi) Penguasa Polis Mazalan bin Haji Yaakub, bukan sahaja bertujuan mencegah jenayah malah mengesan kesalahan berkaitan perlesenan dan pendaftaran pekerja serta kebajikan pekerja seperti tempat tinggal, gaji dan waktu rehat.

Operasi yang dijalankan di tapak perindustrian perniagaan besi buruk.
Operasi yang dijalankan di tapak perindustrian perniagaan besi buruk.

ARTIKEL YANG SAMA