21 kes Zika dicatat di Bangkok

21 kes Zika dicatat di Bangkok

BANGKOK, 11 Sept – Pihak berkuasa Thai mendedahkan semalam bahawa 21 kes jangkitan Zika telah dicatatkan di Pusat Daerah Sathorn di Bangkok, termasuk seorang wanita sebelum hamil yang telah selamat melahirkan anaknya.

Wantanee Wattana, Timbalan Setiausaha Tetap Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA), berkata keadaan 21 pesakit Zika ‘di daerah pusat perniagaan di ibu negara adalah terkawal.

Pegawai itu berkata, wanita itu didapati dijangkiti pada minggu ke-37 kehamilan selepas suaminya pulang dari Singapura, di mana 275 kes Zika telah direkodkan. Beliau mengalami simptom seperti demam, ruam, mata merah dan sakit sendi.

Wanita hamil yang dijangkiti virus Zika berkemungkinan mendapat risiko kecacatan bagi kelahiran anak damit, bagaimanapun bernasib baik apabila beliau berjaya melahirkan anaknya dengan selamat.

Pekerja menyembur racun serangga bagi mencegah jangkitan Zika. Pihak berkuasa Thai mendedahkan semalam bahawa 21 kes jangkitan Zika telah dicatatkan di Pusat Daerah Sathorn di Bangkok, termasuk seorang wanita sebelum hamil yang telah selamat melahirkan anak damit. – Xinhua
Pekerja menyembur racun serangga bagi mencegah jangkitan Zika. Pihak berkuasa Thai mendedahkan semalam bahawa 21 kes jangkitan Zika telah dicatatkan di Pusat Daerah Sathorn di Bangkok, termasuk seorang wanita sebelum hamil yang telah selamat melahirkan anak damit. – Xinhua

Media tempatan Thairath melaporkan bahawa pembaikan nyamuk ditemui dalam radius 100 meter kediaman keluarga. Seseorang yang dijangkiti adalah dinasihatkan untuk tinggal di rumah selama 30 hari.

Kementerian Kesihatan Awam telah mendedahkan 20 kes baru Zika di wilayah utara iaitu iBung Kan, Chanthaburi, Chiang Mai dan Phetchabun hanya dalam seminggu yang lalu. Kes pertama Zika di Thailand disahkan pada tahun 2012 dan tahun ini terdapat lebih daripada 100 kes.

Zika, yang disebarkan oleh nyamuk Aedes aegypti, telah dikesan di 67 negara dan wilayah, termasuk Brazil.

Thailand bergelut pada tahun-tahun kebelakangan ini untuk mengawal penularan demam denggi. Lebih daripada 18,000 kes demam denggi dilaporkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini di Thailand. – Xinhua