21 maut bas terjunam ke dalam sungai Nepal

21 maut bas terjunam ke dalam sungai Nepal

KATHMANDU, 26 Ogos – Sebuah bas penumpang yang penuh telah terjunam ke dalam sungai awal hari ini di tengah Nepal, membunuh 21 orang, kata pegawai kanan tempatan.

Para penyelamat bergelut untuk mengeluarkan mayat-mayat yang terperangkap dan membantu mangsa cedera selepas bas terjunam ke dalam sungai dalam Trishuli, luar lebuh raya di kampung Chandi Bhanjyang di daerah Chitwan. “Seramai 21 orang telah terkorban dalam kemalangan itu dan 16 berjaya diselamatkan,” kata ketua daerah Binod Prakash Singah memberitahu AFP, menambah bahawa mangsa cedera telah dibawa ke hospital tempatan bagi menerima rawatan.

Singh berkata para penyelamat masih memeriksa sekitar nahas bas itu yang tenggelam sebahagiannya untuk memastikan tiada penumpang lain yang terperangkap di dalamnya. Bas itu sedang menuju ke bandar pelancongan Pokhara dari daerah selatan Rautahat. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA