21 maut bas terjunam

21 maut bas terjunam

NEW DELHI, 9 Sept – Sebuah bas terbabas dari jambatan di timur India hari ini, membunuh sekurang-kurangnya 21 orang dan mencederakan 30 yang lain.

Pegawai polis Rajendra Das berkata, pemandu bas tersebut hilang kawalan semasa bercakap menggunakan telefon bimbitnya ketika memandu.

Bas menjunam hampir 19 meter (50 kaki) ke dalam parit di Daerah Angul di Negeri Orissa, kata Das.

Kawasan ini adalah 140 kilometer (90 batu) barat laut Bhubaneshwar, ibu negeri.

Orang ramai dan anggota penyelamat berkumpul di kawasan tapak rangka bas yang terjunam dari jambatan di Puruna Manitri di Athamallik di Daerah Angul 150km barat Bhubaneswar kelmarin. – AFP
Orang ramai dan anggota penyelamat berkumpul di kawasan tapak rangka bas yang terjunam dari jambatan di Puruna Manitri di Athamallik di Daerah Angul 150km barat Bhubaneswar kelmarin. – AFP

Keletihan pemandu, kecuaian, kualiti jalan raya dan penyelenggaraan kenderaan merupakan penyebab biasa kemalangan itu di India.

Angka polis menunjukkan jumlah bilangan kematian akibat kemalangan jalan raya di India adalah yang tertinggi di dunia, dengan lebih daripada 110,000 orang mati setiap tahun dalam kemalangan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA