21 maut kereta api tergelincir ke dalam sungai

21 maut kereta api tergelincir ke dalam sungai

NEW DELHI, 5 Ogos (Reuters) – Dua kereta api ekspres tergelincir dan terjunam ke dalam sungai di tengah India semalaman selepas air banjir melemahkan landasan kereta api, membunuh 21 orang, kata pegawai negeri hari ini, sekaligus mencetuskan kritikan mengenai kekurangan keselamatan rangkaian perkhidmatan kereta api yang keempat terbesar di dunia.

Juruselam yang menggunakan pemotong gas mengeluarkan penumpang yang terperangkap dan 300 berjaya diselamatkan pada awal pagi, kata pegawai. Berpuluh-puluh dikejarkan ke hospital.

Dua belas gerabak Kamayani Express ke Varanasi dari Mumbai tergelincir berhampiran Harda di tengah negeri Madhya Pradesh sebelum tengah malam. Enam gerabak daripada kereta api Janata Express tergelincir pada kira-kira masa yang sama, kata kementerian perkhidmatan kereta api.

“Punca prima facie kejadian dikatakan banjir kilat disebabkan hujan lebat,” beritahu Menteri Perkhidmatan Kereta Api Suresh Prabhu kepada parlimen.

Dua kereta api penumpang kelihatan selepas tergelincir dalam banjir kilat di atas jambatan di sebuah bandar di Harda, negeri Madhya Pradesh, 5 Ogos. Kejadian itu membunuh 21 orang dalam kemalangan maut terbaru rangkaian kereta api rapuh negara itu. – AFP
Dua kereta api penumpang kelihatan selepas tergelincir dalam banjir kilat di atas jambatan di sebuah bandar di Harda, negeri Madhya Pradesh, 5 Ogos. Kejadian itu membunuh 21 orang dalam kemalangan maut terbaru rangkaian kereta api rapuh negara itu. – AFP

Hujan monsun lebat dan ekor siklon telah membunuh lebih daripada 100 orang di seluruh India dalam banjir, runtuhan tanah dan perobohan bangunan dalam beberapa hari ini. Namun seorang bekas menteri perkhidmatan kereta api berkata jika landasan telah diselenggarakan, kemalangan mungkin dapat dielakkan.

“Ia tidak dapat diterima. Ia adalah gejala kanser dalam sistem kereta api,” beritahu Dinesh Trivedi kepada wartawan.

Nahas kereta api membunuh lebih daripada 25,000 orang dalam rangkaian kereta api lapuk India pada tahun lalu sahaja.

ARTIKEL YANG SAMA