21 militan terbunuh di Pakistan

21 militan terbunuh di Pakistan

ISLAMABAD, 8 Mac (AFP)– Pakistan hari ini mengatakan telah membunuh 21 militan dalam serangan udara dan operasi darat yang bermula semalaman di kawasan sempadan barat laut di mana ia menjalankan serangan bagi mengosongkan kubu kuat Taliban.

Jurucakap tentera, Asim Bajwa berkata, serangan yang berlaku di Lembah Shawal, Utara Waziristan telah bermula malam Isnin lalu dan berterusan sehingga hari ini.

Beliau kemudiannya menyiarkan gambar askar yang berada di dalam kawasan hutan dan juga pada bangunan yang telah hancur diselubungi asap.

Tidak dapat disahkan berapa ramai yang terbunuh dalam serangan, samaada mereka itu pejuang yang menyamar sebagai wartawan yang telah dilarang memasuki akses zon konflik.

Pakistan mula beroperasi untuk menyingkirkan kubu kuat Taliban dan Al-Qaeda di Utara Waziristan pada tahun 2014, dan mendakwa telah membunuh lebih 3,750 militan sejak itu tanpa korban awam.

Tetapi pengkritik dan aktivis hak asasi berkata tidak ada ketelusan sekitar serangan itu dan tiada pemandangan yang jelas.

Sementara itu, jumlah yang terbunuh daripada serangan bom Taliban di kompleks mahkamah di barat laut Pakistan meningkat hari ini, kata para pegawai.

“Angka kematian akibat letupan semalam telah meningkat kepada 18 apabila seorang dari orang awam meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya manakala dua yang cedera berada dalam keadaan kritikal,” Tariq Hassan, seorang pegawai kanan pentadbiran tempatan memberitahu kepada AFP.

Serangan itu berlaku Isnin lalu di bandar Shabqadar dan ianya didakwa oleh puak Jamat-ul-Ahrar Taliban Pakistan, yang berkata ia adalah serangan balas dendam terhadap hukuman gantung Mumtaz Qadri.

ARTIKEL YANG SAMA