21 pegawai kanan PDB naik pangkat

21 pegawai kanan PDB naik pangkat

Oleh Normazlina M.D

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Feb – Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Inspektor Jeneral Polis Diraja Brunei, seramai 21 orang pegawai kanan Polis Diraja Brunei (PDB) telah diperkenankan dinaikkan pangkat dan seterusnya ditetapkan pangkat bermula 23 Januari 2016 dan seorang pegawai kanan ditetapkan pangkat pada 1 Januari 2016.

Majlis Kenaikan Pangkat Pegawai Kanan dan Penetapan Pangkat Pegawai bagi Pegawai-pegawai Kanan Polis Diraja Brunei berlangsung di Dewan Bankuet, Ibu Pejabat Polis Gadong, petang ini dan disempurnakan oleh Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Bahrin bin Mohd Noor.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam, para pengarah, pegawai kanan dan jemputan lainnya.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong dan diteruskan dengan penyampaian tanda pangkat oleh Dato Paduka Seri Haji Bahrin.

Pesuruhjaya Polis menyempurnakan kenaikan pangkat bagi Penolong Pesuruhjaya Polis Azahari ke Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis.
Pesuruhjaya Polis menyempurnakan kenaikan pangkat bagi Penolong Pesuruhjaya Polis Azahari ke Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis.
Dato Paduka Seri Haji Bahrin memaikaikan pangkat kepada salah seorang pegawai kanan Polis  Brunei pada majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet, Ibu Pejabat Polis Gadong.
Dato Paduka Seri Haji Bahrin memaikaikan pangkat kepada salah seorang pegawai kanan Polis Brunei pada majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet, Ibu Pejabat Polis Gadong.

pg08_160210_c

Para pegawai kanan yang dinaikkan pangkat bergambar ramai bersama tetamu kehormat, para pengarah dan pegawai kanan lainnya.
Para pegawai kanan yang dinaikkan pangkat bergambar ramai bersama tetamu kehormat, para pengarah dan pegawai kanan lainnya.

pg08_160210_e

Pegawai yang dinaikkan pangkat ke Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis ialah Penolong Pesuruhjaya Polis Haji Mohammad Don bin Haji Harith, Penolong Pesuruhjaya Polis Mohammad Irwan bin Haji Hambali dan Penolong Pesuruhjaya Polis Azahari bin Haji Awang Besar.

Bagi kenaikan pangkat ke Penolong Pesuruhjaya Polis ialah Penguasa Kanan Polis Pengiran Mohd Jefri bin Pengiran Haji Abdul Hamid, dan Penguasa Kanan Polis Pengiran Haji Zainal Abidin bin Pengiran Haji Mohd Yassin.

Sementara itu, kenaikan pangkat ke Penguasa Kanan Polis ialah Penguasa Polis Pengiran Zaidi bin Pengiran Haji Metali, Penguasa Polis Husaini bin Matzin, Penguasa Polis Jofri bin Haji Mohamad Basiuni @ Radin Jofri bin Radin Mas Basiuni, Penguasa Polis Kevin Chiuh Ted Voon dan Penguasa Polis Mohd Hadini bin Haji Othman.

Manakala itu, Timbalan Penguasa Polis Haji Mohammad Khairul Amilin bin Haji Idris dinaikkan pangkat dan ditetapkan pangkat sebagai Penguasa Polis.

Sepuluh orang pegawai Penolong Penguasa Polis pula telah dinaikkan pangkat ke Timbalan Penguasa Polis, iaitu Penolong Penguasa Polis Hamri Aslan bin Haji Abu Hanafiah, Penolong Penguasa Polis Awangku Saifuddin bin Pengiran Haji Yussof, Penolong Penguasa Polis Haji Mohammad Noor bin Haji Abdul Rahman, Penolong Penguasa Polis Mohd Hassanul Fikhri bin Haji Abdullah, Penolong Penguasa Polis Ramzi Hayatina bin Dato Seri Setia Haji Ibrahim, Penolong Penguasa Polis Fathdillah bin Haji Abdul Hamid, Penolong Penguasa Polis Suzianti binti Ahmad, Penolong Penguasa Polis Pengiran Muhaimin bin Pengiran Haji Mustapha dan Penolong Penguasa Polis Pengiran Shaiful Rezal Malek Faesal bin Pengiran Haji Merali.

Seorang lagi iaitu Penolong Penguasa Polis Percubaan Pengiran Hajah Nafiah binti Pengiran Haji Asli telah dinaikkan pangkat ke Penolong Penguasa Polis.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong dan bergambar ramai bersama tetamu kehormat.

Pasukan Polis Diraja Brunei melahirkan harapan agar pegawai-pegawai tersebut akan terus bersemangat menunjukkan prestasi yang cemerlang semasa bertugas dan berkhidmat atas nama Pasukan Polis Diraja Brunei, menuju ke arah kemakmuran dan kesejahteraan Rakyat dan kerajaan Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA