21 pelancong China keracunan makanan

21 pelancong China keracunan makanan

TAIPEI, Taiwan, 6 Mac (NNN) – Pihak berkuasa kesihatan Taipei berkata pada Sabtu lalu bahawa seramai 21 orang pelancong dari kumpulan pelancongan China jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital selepas makan di sebuah restoran di Taipei.

Kumpulan 40 orang dari Ningbo, Wilayah Zhejiang di timur China, memulakan lawatan Taiwan pada Februari 26 lalu.

Mereka makan tengah hari di restoran pada Khamis dan 21 daripada mereka mengalami muntah-muntah, cirit-birit dan sakit kepala pada petangnya.

Pada pagi Jumaat mereka telah dihantar ke hospital tempatan. “Mereka telah didiagnosis dengan gastroenteritis akut,” kata hospital itu, sambil menambah bahawa hanya yang berusia 88 tahun itu mempunyai tanda-tanda yang agak serius.

Semua ahli kumpulan pelancong itu kembali ke China pada petang Jumaat.

Pihak berkuasa kesihatan Taipei berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka telah mengumpul sampel makanan, peralatan dan persekitaran restoran itu untuk analisis.

Pemeriksaan kebersihan mendapati banyak masalah, termasuk bahan-bahan makanan yang berselerak, lipas, kipas kotor, lantai dan siling berkulat.

Pihak berkuasa mengarahkan penutupan restoran itu selama tiga hari dan rombakan menyeluruh bagi membetulkan masalah tersebut.

Pemilik restoran boleh dikenakan denda antara 60,000 dan 200 juta dolar Taiwan jika gagal untuk membetulkan permasalahan kesihatan tersebut.

Pelancong dari China adalah sumber pelancongan yang terbesar di Taiwan. Tahun lepas, pelancong dari tanah besar itu telah menyumbang kepada 40 peratus dalam pendapatan hasil Taiwan.

ARTIKEL YANG SAMA