21 peserta khatam dirai

21 peserta khatam dirai

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Nov – Seramai 21 murid-murid Kelas Muqaddam terdiri daripada tujuh lelaki dan 14 perempuan Kategori ‘Ba’ telah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran Kali Pertama anjuran Balai Ibadat Mukim Saba, di balai ibadat berkenaan, baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Kampung Saba Darat ‘B’, Haji Mayalin bin Haji Saat.

Majlis antara lain bertujuan bagi menggalakkan anak murid dalam mengikuti acara keagamaan dan juga melaksanakan aktiviti serta menjadikannya sebagai aktiviti tahunan di masa akan datang.

Antara peserta khatam yang diraikan.
Antara peserta khatam yang diraikan.

ARTIKEL YANG SAMA