21 terkorban kemalangan Sungai Nil

21 terkorban kemalangan Sungai Nil

KAHERAH, 23 Julai – Sekurang-kurangnya 21 orang yang menyambut majlis hari pertunangan terkorban di Sungai Nil utara Kaherah kelmarin apabila sebuah kapal kargo melanggar kapal mereka, menurut sumber keselamatan dan perubatan.

Lima orang telah berjaya diselamatkan dari sungai itu tetapi sekurang-kurangnya enam masih hilang awal pagi ini.

Sumber keselamatan mengatakan usaha pencarian telah terjejas akibat kegelapan.

Sekurang-kurangnya dua kanak-kanak terbunuh. Ahli keluarga rakan pasangan tersebut telah menyewa kapal tersebut untuk menyambut pertunangan mereka. Bagaimanapun ia masih belum jelas sama ada pasangan tersebut merepukan di kalangan yang terkorban.

Pihak polis berkata mereka telah menahan kapten kapal kargo tersebut dan penolongnya selepas kemalangan itu, salah satu daripada banyak yang berlaku di Sungai Nil dan di luar pantai Mesir setiap tahun.

Dalam kejadian kemalangan yang paling buruk pada Februari 2006. Sebuah feri Mesir tenggelam di Laut Merah, mengorbankan lebih daripada 1,000 orang. – AFP

Pihak Polis masih mencari enam mangsa yang masih hilang. – Reuters
Pihak Polis masih mencari enam mangsa yang masih hilang. – Reuters