210 graduan cilik TASKA YSHHB diraikan

210 graduan cilik TASKA YSHHB diraikan

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

Gambar oleh Bahyiah Bakir

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Nov – Seramai 210 graduan cilik Taman Asuhan 3 diraikan pada Majlis Konvokesyen dan Konsert Taman Asuhan 3, Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA), Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), di Dewan TASKA, hari ini.

Berangkat ke majlis itu, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah.

Turut berangkat ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hamidah Jamalul Bulqiah, Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ali Yil Kabier.

Antara graduan Taman Asuhan 3 yang menerima sijil mereka ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raqeeqah Raayatul Bolqiah (Kindergarten 3 Jingga), Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-Ul Bolqiah (Kindergarten 3 Merah) dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Adriana Haziqah Jaida Bulqiah.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah berangkat ke majlis tersebut.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah berangkat ke majlis tersebut.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah yang turut berangkat menghadiri majlis itu.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah yang turut berangkat menghadiri majlis itu.
Konsert persembahan kebudayaan India yang dipersembahkan oleh pelajar Kindergarten 3.
Konsert persembahan kebudayaan India yang dipersembahkan oleh pelajar Kindergarten 3.

Acara bermula dengan persembahan nyanyian Lagu Kebangsaan oleh pelajar Kindergarten 3, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Awang Muhd Nabil bin Haji Maidin dan sembah alu-aluan oleh Penolong Pengetua Sekolah YSHHB, Awang Alimas bin Haji Mohd Ali.

Kemudian majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada para pelajar Kindergarten 3 oleh Pengarah Urusan YSHHB, Haji Brahim bin Haji Ismail.

Sejurus selesai penyampaian sijil, para hadirin dihiburkan dengan Konsert Kindergarten 3 bertajuk ‘Nakhoda Ragam.’

Pada konsert itu, pelajar dari Kindergarten 3 Merah, Putih, Merah Jambu, Jingga, Kuning, Hijau dan Biru mempersembahkan persembahan kebudayaan Arab Saudi, China, India, Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina.

Acara majlis diakhiri dengan acara kemuncak iaitu persembahan lagu ‘Its Time To Go’ dan ‘Lagu Kebangsaan’.

ARTIKEL YANG SAMA