211 pelajar tamatkan Sesi Pemerhatian Modul HSSE

211 pelajar tamatkan Sesi Pemerhatian Modul HSSE

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mei – Bagi membantu meningkatkan pengetahuan para guru dan penuntut dalam bidang kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (HSSE), Institut Pendidikan Teknik Brunei (IBTE) dengan kerjasama Construction HSE Network (CHSEN) telah mengadakan Sesi Pemerhatian pengajaran modul HSSE, di Kampus Mekanikal IBTE, Kampung Tungku.

Seramai 211 orang penuntut terlibat dalam sesi pemerhatian itu yang terdiri daripada kumpulan Kohort Kelima ISQ iaitu bidang pengimpal (welder), perancah (scaffolder), rigger, marker fitter, industrial blaster painter, dan juga pemandu jentera berat.

Sesi pemerhatian itu berakhir hari ini sejak ianya bermula 6 April lalu. Hadir pada majlis tersebut ialah pemerhati CHSEN yang juga Penasihat HSE Petrokon, Haji Mohd Tarif bin Haji Wahab, dan Penyelaras HSE Baker Hughes, Awang Mohd Azman Ahmad.

Salah seorang guru pemerhati, Awang Zaharuddin, ketika ditemui Media Permata berharap bahawa agar semua yang dipelajari oleh penuntut mengenai HSSE itu akan dapat mempersiap sediakan mereka bagi kerjaya mereka di masa hadapan dan dapat mengembangkan subjek berkenaan dengan gabungan idea-idea yang diperolehi.

Awang Zaharuddin ketika ditemu bual Media Permata.
Awang Zaharuddin ketika ditemu bual Media Permata.

ARTIKEL YANG SAMA