$21,400 zakat diagihkan

$21,400 zakat diagihkan

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jun – Sejumlah $21,400 wang zakat telah diagihkan kepada 30 orang ketua keluarga dan 16 orang tanggungan yang terdiri daripada asnaf fakir miskin di kawasan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampung Rimba pada majlis penyampaian agihan wang zakat hari ini.

Penyampaian agihan wang zakat pada majlis yang berlangsung di Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, STKRJ Kampung Rimba itu telah disempurnakan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Dato Seri Setia Haji Metussin bin Haji Baki, juga selaku ahli Majlis Ugama Islam Negara Brunei Darussalam (MUIB).

Salah seorang penerima yang ditemui, Dayang Lamiah Haji Jamil, 65, dari Kampung Tungku melahirkan rasa syukur dengan agihan wang zakat berkenaan, yang menurutnya dapat membantu meringankan beban dalam membuat persiapan menjelang Hari Raya nanti.

Beliau yang tinggal bersama seorang anak dan seorang cucu berusia 19 tahun itu merasa gembira kerana berpeluang untuk menjadi salah seorang penerima agihan wang zakat buat kali pertama.

Dato Seri Setia Haji Metussin menyampaikan agihan wang zakat kepada penerima yang berlangsung di Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, STKRJ Kampung Rimba kelmarin.
Dato Seri Setia Haji Metussin menyampaikan agihan wang zakat kepada penerima yang berlangsung di Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, STKRJ Kampung Rimba kelmarin.

pg06_160628_c

“Dengan adanya wang zakat ini, ia akan digunakan sebaik-baiknya bukan saja untuk membuat persiapan Hari Raya yang hanya tinggal kurang dari dua minggu saja lagi, bahkan juga akan disimpan untuk keperluan pada masa akan datang,” tambahnya.

Penerima agihan wang zakat yang diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin ini menerima $500 bagi setiap ketua keluarga manakala orang yang di bawah tanggungnya masing-masing menerima $400.

MUIB berharap dengan adanya agihan zakat ini ia akan dapat sedikit sebanyak meringankan bebanan dalam keperluan harian penerima dan berharap asnaf fakir miskin sekeluarga sentiasa taat menunaikan perintah Allah S.W.T dan menjauhi segala laranganNya.

ARTIKEL YANG SAMA