217 pasangan akan dinikahkan serentak

217 pasangan akan dinikahkan serentak

BESUT, 8 Mei (Bernama) – Seramai 217 pasangan akan dinikahkan secara serentak dalam majlis anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu (YPKNT) pada 14 Mei ini.

Majlis itu melibatkan lapan daerah di negeri ini dan akad nikah akan diadakan di beberapa masjid yang telah ditetapkan.

Exco Kesihatan, Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat Negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata ia membabitkan 37 pasangan dari daerah Kuala Nerus, Kuala Terengganu (33), Marang (29), Kemaman (27), Dungun (25), Besut (23), Setiu (22) dan Hulu Terengganu (21).

“Ini merupakan majlis pernikahan yang terbesar anjuran kerajaan negeri yang diuruskan YPKNT membabitkan 434 teruna dan dara daripada kalangan anak Terengganu “, katanya kepada media di sini hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA