219 orang terima sumbangan

219 orang terima sumbangan

Oleh Haji Mohd Daud Abd Rahman

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Jun – Sejumlah $26,700 telah berjaya dikutip, hasil derma daripada penduduk Kampung Sungai Akar, yang telah diagih-agihkan kepada golongan-golongan yang berhak menerima bagi meringankan beban mereka dalam menyambut bulan Ramadan dan juga Hari Raya nanti.

Seramai 219 orang terdiri daripada anak-anak yatim, balu, dan warga emas Kampung Sungai Akar telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis, Mantan Setiausaha Tetap Teknikal dan Profesional di Kementerian Pembangunan, Dato Paduka Haji Rashid bin Haji Abdul Rahman bersama isteri Datin Hajah Winny binti Haji Suhaili di Restoran Pujangga, Kampung Sungai Akar, baru-baru ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Haji Salleh bin Haji Murah.

Dato Paduka Haji Rashid semasa menyampaikan derma.
Dato Paduka Haji Rashid semasa menyampaikan derma.
Datin Hajah Winny semasa menyampaikan derma.
Datin Hajah Winny semasa menyampaikan derma.

Acara diteruskan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah sekampung.

Menurut ucapan ringkas daripada Ketua Kampung Sungai Akar, Haji Ramlee bin Mat Zain, sambutan pada tahun ini sangat meriah dengan kehadiran jemputan dan penduduk Kampung Sungai Akar dalam sama-sama menjayakan majlis yang mulia ini.

ARTIKEL YANG SAMA