22 hilang insiden jambatan roboh

22 hilang insiden jambatan roboh

MUMBAI, 3 Ogos – Dua buah bas yang membawa sekurang-kurangnya 22 orang terjunam ke sungai di barat India setelah sebuah jambatan roboh ekoran hujan monsun lebat beberapa hari lamanya, kata pegawai hari ini.

Anggota menyelamat bergegas ke jambatan roboh di selatan ibu negeri kewangan Mumbai untuk mencari penumpang yang dihanyutkan selepas kemalangan pada lewat malam semalam.

Gambar televisyen menunjukkan sebahagian besar jambatan era jajahan Britain telah terjatuh ke dalam sungai Savitri.

“Dua puluh dua orang daripada dua bas hilang selepas jambatan 50 kaki roboh,” beritahu Sanjay Patil, superintenden polis daerah Raigad di mana kemalangan berlaku, kepada AFP.

Jambatan yang merentangi sungai itu terletak di sepanjang lebuh raya utama yang menghubungkan Mumbai ke negeri pelancongan Goa.

Ahli-ahli Pasukan Badan Bencana Kebangsaan (NDRF) ketika menjalankan usaha menyelamat dan mencari mangsa selepas kejadian jambatan runtuh di atas Sungai Savitri di Daerah Raigad, kira-kira 100 km di sebelah selatan Mumbai semalam. – AFP
Ahli-ahli Pasukan Badan Bencana Kebangsaan (NDRF) ketika menjalankan usaha menyelamat dan mencari mangsa selepas kejadian jambatan runtuh di atas Sungai Savitri di Daerah Raigad, kira-kira 100 km di sebelah selatan Mumbai semalam. – AFP

Pekerja kecemasan dengan berbekalkan peralatan menyelam dan pakar lain sedang mencari penumpang yang hilang di sungai, namun tidak ada sesi-apa yang diselamatkan setakat ini, beritahu ketua pengurusan bencana India kepada AFP.

“Mengikut maklumat awal, beberapa kenderaan dan orang telahpun dihanyutkan. Kumpulan kami telah bergegas ke tempat kejadian,” kata ketua Pasukan Respon Bencana Nasional O.P Singh.

“Kumpulan kami dilengkapi dengan penyelam dan peralatan keselamatan.”

Gambar televisyen menunjukkan sebuah helikopter terbang di atas sungai untuk mencari mangsa yang selamat.

Ketua Menteri Maharashtra Devendra Fadnavis berkata jambatan nampaknya telah roboh akibat aliran sungai yang deras.

“Sebab utama nampaknya tekanan tinggi berpunca daripada banjir sungai Savitri disebabkan hujan lebat di kawasan tadahan Mahabaleshwar,” katanya di Twitter. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA