22 Julai cuti umum Hari Kemerdekaan S’wak

22 Julai cuti umum Hari Kemerdekaan S’wak

KUCHING, 26 Mei – Tarikh 22 Julai secara rasmi diisytiharkan sebagai cuti umum bagi negeri Sarawak yang akan dikenali sebagai Hari Kemerdekaan Sarawak.

Unit Pentadbiran Jabatan Ketua Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan justeru itu rakyat Sarawak akan mendapat cuti umum tambahan pada 22 Julai bermula tahun ini.

Tarikh itu sempena kemerdekaan Sarawak daripada British dan diisytihar sebagai cuti umum seperti yang dinyatakan dalam Warta Kerajaan Negeri Sarawak. – Bernama