22 pati warga Filipina ditahan di Esszone

22 pati warga Filipina ditahan di Esszone

LAHAD DATU, 2 Sept – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang mengetuai operasi melibatkan pasukan keselamatan lain, menahan 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina, sepanjang tempoh operasi bermula 27 Ogos sehingga semalam, di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Komander Esscom Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata operasi bersepadu dijalankan di perairan serta daratan di daerah Semporna, Lahad Datu, Sandakan dan Kudat itu turut merampas 14 bot pam, 21.46 gram dadah jenis Syabu serta pelbagai barangan bersubsidi bernilai RM53,962.

“Kesemua 22 PATI berumur lingkungan 11 hingga 59 tahun itu ditahan berikutan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tujuan dokumentasi sebelum dihantar ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sandakan dan Tawau. – Bernama