22 pelanggan ...

22 pelanggan Times Square menang hadiah

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Feb – Pusat Membeli-belah Times Square, hari ini, telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah pertama bagi kempen cabutan bertuah ke-7 yang menyaksikan seramai 22 orang pelanggan bertuah membawa pulang pelbagai hadiah menarik.

Pada majlis yang berlangsung di pusat membeli-belah berkenaan, petang tadi, Dayang Ezyrani Nabihah binti Kamal membawa pulang hadiah utama berupa Acer Aspire A14, manakala hadiah kedua, Jokkmokk Table Dining Set telah dimenangi oleh Masnah Amat dan Awang Syahman bin Haji Mohd Salleh membawa pulang hadiah ketiga iaitu Apple iPod Touch 6th Gen.

Penyampaian hadiah kepada tiga-tiga pemenang teratas telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Times Square, Dayang Amal Majidah binti Haji Suhaili.

Majlis menyaksikan 10 orang pemenang menerima hadiah yang telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Times Square, Dayang Nurul Malyanah binti Mohd Hadini, manakala hadiah selebihnya disampaikan Pengurus Pemasaran Times Square, Lim Yee Liang.

Gambar ramai para pemenang cabutan pertama bagi Kempen Cabutan Bertuah ke-7 Times Square.
Gambar ramai para pemenang cabutan pertama bagi Kempen Cabutan Bertuah ke-7 Times Square.

Hadiah-hadiah yang dimenangi dalam cabutan berkenaan termasuk baucar-baucar penginapan hotel, baucar makan restoran, barangan gajet dan elektronik, hamper produk kecantikan dan banyak lagi.

Cabutan bertuah kedua bagi kempen cabutan bertuah ke-7 akan diadakan pada 14 Mei nanti.

Dalam ada itu, Times Square juga akan mengadakan Minggu Budaya dan Bahasa Jepun pada 17 sehingga 19 Februari dan juga Pertandingan Bola Keranjang Tiga Sepasukan di bawah 18 tahun pada 24 hingga 26 Februari nanti.