22 rumah musnah akibat kebakaran di utara Nevada

22 rumah musnah akibat kebakaran di utara Nevada

RENO, Nevada, 16 Okt – Pihak bomba di Nevada berharap dapat memadamkan kebakaran yang dimarakkan oleh angin, yang sudah pun memusnahkan 22 buah rumah di utara Bandar Carson, daripada meleret ke jalan-jalan besar.

Kebakaran yang berlaku antara Reno dan Bandar Carson hanya lima peratus telah ditangani kelmarin, kata pegawai bomba. Ia juga meranapkan lebih lima batu persegi kawasan, mengancam 500 struktur dan memusnahkan 17 buah rumah.

Sebilangan penduduk di timur Tasik Washoe telah dibenarkan untuk pulang ke rumah.

Kejiranan lain juga telah dibenarkan pulang namun mereka mungkin diarahkan untuk berpindah semula semasa hujung minggu. Rumah-rumah di barat tasik masih lagi diarahkan untuk berpindah.

Gabenor Brian Sandoval mengumumkan kecemasan darurat pada Jumaat untuk mendapatkan sumber.

Kira-kira 855 kakitangan sedang berusaha memadam kebakaran. Sumber lain yang dikerahkan pada hari terakhir itu termasuk tujuh tangki air dan 155 jentera, menurut Pusat Gerakan Bomba Antara agensi Sierra Front. Hujan membantu memperlahankan aktiviti kebakaran, namun angin kencang telah diramalkan berlaku hari ini. – AP